-->

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU 11

Nama Guru Bertugas

Guru A : Puan Faoni binti Abdullawapa

Guru B : Puan Azliana Akmal binti Hamzah

Guru C :Puan Hafidzah binti Md. Shah

Laporan Kehadiran Sepanjang Minggu


Tarikh
Hari
Bil Murid Hadir
% Kehadiran
Bil. Murid Tidak Hadir
% Ketidakhadiran
11 Mac 2015
Rabu
741 / 786
94.3
45
5.7
12 Mac 2015
Khamis
720 / 786
91.6
66
8.4
22 Mac 2015
Ahad
683 / 786
86.9
103
13.1
24 Mac 2015
Selasa
756 / 788
95.9
32
4.1

Aktiviti di Dalam atau di Luar Sekolah

1         Pada 11 Mac :
  1. Peperiksaan STPM Ulangan Penggal 3 di Dewan Sri Tasek
  2. Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Johor Bahru di Educity Nusajaya 

2         Pada 12 Mac :
  1. Ceramah Kesihatan Jelajah 1 Malaysia di Dewan Sri Tasek
  2. Bengkel Perancangan Strategik di Bilik Wawasan
  3. Majlis Perpisahan Sempena Pertukaran Pn. Nihlah ke PKG Kemasik Kemaman di Bilik Guru

3         Pada 24 Mac :
  1. Bermulanya Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Johor Bahru yang akan berterusan selama 3 hari di SMK Impian Emas


Keputusan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Menengah Rendah :

Johan         : Tingkatan 1KAA1
Naib Johan :  Tingkatan 3KAA1
Ketiga        :  Tingkatan 1KRK3

Menengah Atas :

Johan         : Tingkatan 5SN2
Naib Johan :  Tingkatan 5SN1
Ketiga        :  Tingkatan 4SN2

Pra Universiti :

Johan         :  Tingkatan 6AKN3
Naib Johan :  Tingkatan 6AKN2
Ketiga        :  Tingkatan 6ASN2

Laporan Kebersihan  


  1. Masih ada pelajar yang melengah-lengahkan waktu makan sehingga apabila loceng masuk kelas berbunyi, masih ramai pelajar yang makan di kantin.
  2. Masih ramai yang meninggalkan sisa makanan di atas meja serta meninggalkan bungkusan makanan dan minuman di atas dan di bawah meja
  3. Pelajar telah diberi amaran dan nasihat untuk sentiasa menjaga kebersihan persekitaran sekolah termasuk kelas, tandas, bilik-bilik khas dan seluruh persekitaran sekolah.

Laporan Disiplin 

Masih ada pelajar yang cuba ponteng dan melewatkan waktu solat. Kebanyakan pelajar menyembunyikan diri di blok Tingkatan 1 dan Blok Gigih. Mereka  terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki dan perempuan  Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Lebih menyedihkan ada di antara mereka merupakan pelajar kelas aliran agama (KAA) sendiri.  Pelajar-pelajar ini telah pun diberi nasihat, teguran dan amaran. Diharapkan pada masa akan datang, perkara sebegini tak akan berulang lagi. Walaubagaimanapun tahniah kepada semua pelajar yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan bersegera ke surau dan dewan untuk melaksanakan solat berjemaah.

0 ulasan:

Catat Ulasan